BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 9, 2009

Kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku derita~

slm to everyone..


aku xmengerti knp topik ini terlintas d fikiranku.
stiap insan ingin merasa menyayangi dan disayangi,
merindui dan dirindui, mencintai dan dicintai...
tp stiap org juga tidak mahukn perpisahan..
itulah lumrah C.I.N.T.A...

Cinta itu terlalu dalam konotasinya..
cinta kpd pencipta, keluarga, rakan2 mahupun kekasih.
cinta yang ingin ku katakan ini sudah pasti cinta kpd
kekasih...

Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati..
cinta biasanya bermula kerana pandangan mata
aku mengaku aku pernah terjebak dlm dunia cinta.
melalui setiap cinta yg pernah ku lalui
aku kenal lelaki
sepanjang hdup ini, belum pernah aku bercinta
dgn lelaki yg ku suka
tetapi kdg kala,
apabila lelaki yg ku suka itu meluahkan hasrat hatinya
aku harus menolaknya...kerana bgku
segalanya sudah terlambat..

Cinta membuatkan aku terleka
tetapi cinta juga membuatkan aku bahagia
tp harusku sedar
cinta itu haram di sisi agama.
aku pernah terbaca sebuah artikel di dalam iluvislam.com
'couple' tidak digalakkan sama sekali krn
ia seperti zina hati..
dan aku juga pernah terbaca bahawa jika kita benar2 yakin
hubungan itu akan ke jinjang pelamin, jagalah ia..
namun bagiku, perjalanan hidupku masih jauh..
aku harus utamakan keluargaku...

Cinta,
mungkin bkn sekarang harus hatiku serahkan kpd seorg lelaki..
Jika sampai saat dan waktunya, hati ini akan ku serahkan
kpd insan yg telah ditaqdirkan untukku,
biarlah tok qadi dan ayahku menjadi saksi,
akad nikah menjadi lafaz taat setia,
mas kahwin sbg bayaran 'membeli'ku dari keluargaku,
ketika itu,
seluruh diri ini adalah milik insan yg akan bergelar suamiku
biarlah masa menentukan segalanya...

Cinta,
kerana cinta aku bahagia
namun kerana cinta juga
aku derita..
apa yang aku tahu
cinta hakiki cinta Illahi

Friday, October 30, 2009

Cubaan Pertama

Assalamualaikum and slm sejahtera to all...


Menulis bukanlah 1 bakat mahupun hobi aku..
tp entah mengapa kebelakangan nie aku semakin minat
untuk menulis. Mungkin kerana hidupku pernuh dgn suka duka yg patut ku kongsi bersama setiap insan di dunia ini...

Buat pengenalan, aku hanyalah seorang insan biasa yang singgah di dunia yang fana ini..
Aku bukanlah sebaik Saidatina Aisyah, mahupun setabah Asiah, ataupun secantik Zulaikha..namun jauh di sudut hati, aku ingin sekali memiliki akhlak dan budi perkerti seperti mereka.
Aku single..dan aku bangga dengan statusku itu..Baru kini aku sedari betapa nikmatnya menjadi seorang yang 'single'..

Bagiku, insyaAllah, dlm beberapa tahun lg, aku akan menjadi milik seorang lelaki yang akan bergelar suamiku.Untuk itu, untuk apa aku harus memperhambakan diriku pada cinta dunia?sedangkan aku tahu jodoh itu telah ditetapkan Allah sejak azali lagi? Aku selesa menjadi seorang single, kerana aku bebas berkawan dgn sesiapapun, namun, aku masih mempunyai batas tertentu terutamanya pergaulanku dengan kaum Adam..

I think that's all for now...sbg pengakhir post pertama ini, hayati lah lirik lagu kegemaranku ini, yang ku tujukan khas kpd kalian terutama kaum Hawa..Jauh di sudut hati, aku inginkan seorang lelaki mendedikasikan lagu ini kpdku di saat aku akan menjadi permaisuri hidupnya..kerana di dalam lagu ini, martabat wanita sangat dihargai...Lupe plak, nie lagu kumpulan De Hearty, Permata Yg Dicari...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

akhirul kalam...